Jumat, 07 Oktober 2011

AL-FARGHANI

”AL-FARGHANI (805-880M)”



Beliau adalah Abu’l-Abbas Ahmad ibn Muhammad ibn Kathir al-Farghani. Dilahirkan di
Farghana, Transoxiana. Beliau merupakan salah seorang ahli astronomi yang terkenal
ketika berkhidmat sepanjang era al-Mamun.

Sumbangan al-Farghani:

Al-Farghani menerima teori Ptolemy dan nilai-nilainya yang dicatatkan berlaku lebih
awal. Menurut Al-Farghani, teori itu jika diteliti bukan sahaja memberi kesan kepada
bintang tetapi juga planet di alam semesta ini.Kejayaan Al-Farghani yang lain ialah
beliau mendapati bumi mempunyai ukur lilit sejauh 11,700 km termasuk menentukan
ukur lilit planet.
Aktiviti penyelidikan Al-Farghani tidak terhad kepada ilmu bintang tetapi turut meliputi
bidang kejuruteraan. Menurut Ibn Tughri Birdi, Al-Farghani telah menyelia projek
pembinaan Great Nilometer di al-Fustat (Cairo lama). Projek itu siap sepenuhnya pada
tahun 861 Masehi iaitu selepas al-Mutawakkil yang mengarahkan pembinaan itu
meninggal dunia.Pada awalnya, Al-Mutawakkil telah mengamanahkan dua anak lelaki
Musa ibn Shakir iaitu Muhammad dan Ahmad untuk menjalankan projek yang dikenali
al-Ja’fari. Dua beradik itu kemudiannya telah mengadakan perundingan dengan Al-
Farghani yang sekali gus meminggirkan jurutera terkenal ketika itu, Sind ibn Ali. Terusan yang dibina itu melalui kota baru iaitu Al-Ja’fariyya iaitu sebuah kota yang Al-
Mutawakkil bina berdekatan Samarra di Tigris.
Bagaimanapun berlaku sedikit kesilapan dan Al-Farghani telah diarahkan membetulkan
kesilapan.Beliau kemudian memulakan kerja dengan mengorek lebih dalam terusan
berkenaan.Dengan itu, air yang cukup akan melalui terusan `baru’ itu kecuali pada ketika paras Sungai Tigris meningkat naik. Berita mengenai itu telah membangkitkan
kemarahan Caliph dan dua beradik itu telah diselamatkan daripada menerima hukuman
hanya apabila Sind ibn Ali bersedia menjamin pembetulan yang telah dibuat oleh Al-
Farghani walaupun ia memberi risiko kepada kebajikan dan kehidupannya.
Bagaimanapun al-Mutawakkil telah dibunuh sejurus sebelum kesilapan itu menjadi nyata. Beberapa penjelasan telah dibuat berhubung kesilapan yang berlaku,
antaranya Al-Farghani lebih menumpukan kepada teori berbanding praktikal dalam
kejuruteraan sehingga akhirnya beliau dikatakan tidak pernah berjaya menyiapkan
sesuatu projek.

Karya-karya al-Farghani:
Al-Farghani telah menulis mengenai buku bertajuk Elements of Astronomy iaitu Kitab Fi
al-Harakat al-Samawiya wa Jawami Ilm al-Nujum iaitu sebuah buku mengenai
pergerakan objek di langit yang lengkap. Kitab ini juga turut membincangkan hal
mengenai sains bintang dan diterjemahkan ke dalam bahasa Latin pada abad ke-12.
Terjemahan itu sekali gus memberi pengaruh yang besar kepada ahli astronomi Eropah.
The Fihrist daripada Ibn al-Nadim ditulis pada tahun 987 Masehi dan telah menghasilkan dua karya mengenai Al-Farghani: (1) “The Book of Chapters - satu ringkasan mengenai Almagest” (Kitab al-Fusul, Ikhtiyar al-Majisti) dan (2) “Book on the Construction of Sun-dials” (Kitab ‘Amal al-Rukhamat).
The Jawami atau `The Elements’ merupakan buku paling dikenali mengenai Al-Farghani dan pengaruh kerjanya yang paling baik. Beliau tetap dapat menghasilkan karya yang baik walaupun beliau dikatakan pernah melakukan kesilapan dalam projek membina terusan di Cairo Lama.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar