"AL-KHAZIN (900-971M)"
Abu Jafar Muhammad ibn al-Hasan Khazin lahir pada tahun 900 Masehi di Khurasan
yang terletak di timur Iran. Lebih dikenali sebagai al-Khazin dan merupakan ahli
astronomi dan matematik terkenal pada zamannya. Beliau meninggal dunia pada tahun
971 Masihi
Sumbangan al-Khazin:
Pada tahun 959 atau 960 Masihi, Perdana Menteri Rayy yang dilantik oleh Adud ad-
Dawlah meminta al-Khazin mengukur sudut tidak tepat gerhana iaitu sudut di mana
permukaan rata atau datar yang muncul pada matahari untuk bergerak ke arah garisan
Khatulistiwa di bumi.
Al-Khazin pernah dikritik oleh al-Biruni yang menuduhnya mengeluarkan kenyataan
yang tidak perlu berhubung ulasannya terhadap teori aloi oleh Ptolemy. Hanya satu
bahagian kecil daripada ulasan itu dapat diselamatkan iaitu yang mengandungi topik
perbincangan al-Khazin mengenai pendapat Ptolemy yang menyatakan alam semesta
adalah berbentuk sfera.Hasil kerja al-Khazin dikatakan banyak dipengaruhi oleh motivasi yang diterimanya daripada ahli Matematik, al-Khujandi.
Selain itu, al-Khazin telah mengusulkan model solar yang berbeza daripada
Ptolemy.Beliau mempunyai pendapat yang berbeza mengenai model solar yang
dikemukakan oleh Ptolemy yang menyatakan bahawa pergerakan matahari adalah
mengikut kitaran seragam yang bukan berpusatkan bumi. Al-Khazin yang tidak setuju
8
dengan model itu mengusulkan satu model yang mana menurut beliau, matahari bergerak dalam satu pusingan yang berpusatkan bumi.
Karya al-Khazin:
Hasil kerja al-Khazin iaitu Zij al-Safa’ih telah dinobatkan sebagai satu kejayaannya yang
terbaik dalam kerja lapangan yang akhirnya menjadi bahan rujukan utama saintis
lain.Kerja itu menggambarkan peralatan astronomi dan salinannya telah dibuat di Jerman pada waktu Perang Dunia Kedua.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar