Jumat, 07 Oktober 2011

OMAR KHAYYAM

"OMAR KHAYYAM (1099-1166M)"

Beliau ialah Ghiyath al-Din Abul Fateh Omar Ibn Ibrahim al-Khayyam dan dilahirkan
pada tahun 1044 di Parsi. Khayyam sebenarnya bermaksud pembuat khemah.

Sumbangan Omar Khayyam
Sumbangan terbesar Omar Khayyam ialah dalam bidang Algebra.Beliau pernah membuat percubaan untuk mengklasifikasikan kebanyakan persamaan algebra termasuk persamaan darjah ke tiga.Malah beliau juga menawarkan beberapa penyelesaian untuk beberapa masalah algebra. Ini termasuklah penyelesaian geometrik bagi persamaan kiub dan sebahagian daripada penyelesaian kebanyakan persamaan lain.
Pengklasifikasian persamaan yang dilakukan oleh Omar Khayyam adalah berasaskan
kerumitan sesuatu persamaan.Omar Khayyam telah mengenal pasti 13 jenis bentuk
persamaan kiub. Kaedah penyelesaian persamaan yang digunakan oleh Omar Khayyam adalah bersifat geometrikal.
Dalam bidang geometri pula, beliau banyak membuat kajian-kajian yang menjurus
kepada pembentukan teori garisan selari.
Beliau juga pernah diarahkan oleh Sultan Saljuq - Malikshah Jalal al-Din untuk bekerja
di balai cerap.Di sana, beliau ditugas untuk menentukan kalendar solat yang tepat.

Khayyam berjaya memperkenalkan kalendar yang hampir-hampir tepat dan dinamakan
Al-Tarikh-al- Jalali.
Selain itu, Omar Khayyam juga turut menyumbang dalam bidang lain seperti
pembangunan kaedah menentukan graviti.Dalam bidang metafizik, beliau menulis tiga
buku. Beliau juga terkenal sebagai seorang ahli astronomi terkenal dan juga doktor.Selain dalam bidang sains, Omar Khayyam juga terkenal sebagai seorang penyair yang hebat di zamannya.

Karya-karya Omar Khayyam
Malah, beliau pernah menjadi terkenal di kalangan dunia barat sejak tahun 1839 apabila Edward Fitzgerald menerbitkan terjemahan bahasa Inggeris bagi bukunya -
Rubaiyat.Buku ini menggambarkan kehebatan dan kekayaan ilmu yang dimiliki Omar
Khayyam. Omar Khayyam juga menulis pelbagai jenis buku dan monograf dalam
pelbagai jenis bidang.
Antaranya ialah 10 buku dan 30 monograf berjaya dikesan. Daripada jumlah ini, empat
buah buku adalah berkaitan matematik, fizik (tiga), metafizik (tiga) dan satu untuk
algebra dan geometri.
Bukunya `Mazalat fi al-Jabr wa al-Muqabila’ adalah karya agungnya dalam bidang
algebra dan sangat penting dalam perkembangan algebra.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar