Jumat, 07 Oktober 2011

AL-BIRUNI

"AL-BIRUNI (973-1048M)"

Beliau adalah Abu Rayhan al-Biruni. Dilahirkan di Khwarazm (kini Uzbekiztan) di Asia
Tengah yang pada masa itu terletak dalam sempadan Kerajaan Parsi. Al-Biruni mendapat pendidikan dari seorang pakar astronomi dan matematik bernama Abu Nasr al-Mansur.

Sumbangan al-Biruni:
Bidang kajian al-Biruni tidak terbatas dalam bidang matematik dan astronomi sahaja,
malahan meliputi teori-teori abstrak tentang falfasah. Kritikan terhadap pemikiran
falsafah Yunani seperti Aristotle tentang kejadian alam merupakan sebahagian daripada pandangan kritisnya terhadap falsafah Yunani bahawa alam bersifat kekal dan
mengemukakan pendapat bahawa alam ini terjadi secara exnihilo, iaitu daripada tiada
kepada ada. Al-Biruni juga menjalankan kajian tentang geografi dan fizik.

Karya-karya al-Biruni:
Antara karya beliau yang teragung adalah Qanun al-Mas’udi yang setanding dengan buku Almagest olehn Ptolemy. Dalam buku yang berjudul Ifrad al-Maqal fi Amr al-Dalal, al-Biruni menggunakan teknik geometri bagi mengukur baying untuk mengetahui jarajk
antara dua tempat dan menentukan ukur lilit bumi. Malahan menurut Nasr lagi, nilai ukur lilit bumi yang dihasilkan al-Biruni adalah yang paling baik pada zaman pertengahan. Al-Biruni banyak membuat kajian tentang matahari, bulan dan planet-planet, khususnya tentang sifat – sifat fizikal, pergerakan tahunan, panjang tahun tropika, jarak diantara planet dengan matahari, fenomena gerhana, fajar-fajar ( twilight ), pergerakan bulan,keserongan ekliptik bulan, pasang surut, kenampakan anak bulan dan kajian tentang jarak dan magnitude bintang.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar