Jumat, 07 Oktober 2011

IBN YUNUS

"IBN YUNUS (975-1009M)"

Beliau ialah Ali bin Abd Rahman, telah menjalankan penyelidikan dalam astronomi sejak tahun 975-1009 M.

Sumbangan Ibn Yunus:
Sumbangan beliau ialah menghasilkan jadual astronomi yang dikenali Zij al-Hakimi.
Beliau banyak menjalankan penyelidikan di Mesir dan Sepanyol pada zaman Fatimiyah.

Ibn Yunus merupakan pakar dalam bidang matematik, justeru itu beliau banyak
melakukan kiraan semula terhadap beberapa jadual yang telah dibuat oleh ahli-ahli falak sebelumnya.
Banyak maklumat tentang pemerhatiannya terhadap cakerawala dan telah direkodkan
oleh Ibn Yunus. Antaranya ialah tentang kesan pembiasan udara kasa dan rekod
pemerhatian kejadian gerhana bulan dan matahari yang dibuat di Masjid Abu Jaafar,
Mesir. Ibn yunus telah menyusun jadual tentang pengiraan waktu terbit dan terbenamnya
matahari berdasarkan sudut waktu, azimuth dan ketinggian matahari. Dengan ini
pengiraan waktu solat menjadi lebih mudah dan jadual yang seumpama ini diubahsuai
untuk kegunaan negara-negara Islam beratus-ratus tahun kemudiannya. Antara lain,
beliau memperkenalkan kaedah pengiraan trigonometri sfera untuk penentuan arah kiblat.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar