"AL-BUZGANI (940-998M)"
Beliau ialah Abu Al Wafa’ Mohd b. Mohd b. Ismail b. Al Abbasi. Seorang ahli
matematik dan astronomi Parsi yang telah dilahirkan di Bauzijan, Iran dan mati di
Baghdad, Iraq.
Sumbangan al-Buzgani:
Beliau telah memepelajari Matematik, atronomi dan mengkaji satah-satah. Termasuk di
antara perintis di dalam lukisan, analisa dan kejuruteraan dan trigonometri. Beliau
mengikut cara baru di dalam penggunaan kosain dan menetap undang-undang am kosain dalam trigonometri bulatan.
Beliau dianggap orang pertama pencipta nisbah segitiga dan memasukkan penggunaan
garisan linear dan berjasa besar dalam memperkemaskan trigonometri . Di dalam
trigonometri beliau mengarang buku “Kitab Isthikhraj al Autar”. Dan “Kitab al Amal bi
al Jadual Satini”.
Karya-karya al-Buzgani:
Beliau telah mengarang kitab-kitab mengkritik penghasilan Eucleides. Diaphantos dan
Khuarizmi. Beliau telah mengarang buku-buku Matematik diantaranya ialah “Kitab al
Madkhal fi al Arasmatiq” dan “Tafsir Kitab Abrakhas fi Algebra”.
Didalam kejuruteraan beliau mengarang buku “Kitab fi ma Yahtaju Illaihi al Shona’ min
al A’malul Hindasah" dan “Kitab fi Amal al Masthurah wa al Bukar wa al Kunia”.
Didalam kitab ini beliau telah menggunakan kaedah terbaru cara melukis bulatan,
segitiga dan sektornya. Beliau juga telah mengarang buku “Kitab Isthikraj al Do’il
Murabba’ bimali Mal wama Tartabu minha”.
Beliau berjasa kerana telah menyingkap ketidak seimbang di dalam perangkap bulan dan hasil dari penelitian beliau maka di karang buku “Az Zaij al Syamil”. Diantara karangan beliau di dalam astronomi ialah “Kitab al Majesti" dan “Kitab al Kamil”.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar