"AL-HAITHAM (965 M)"
Abu Ali Hasan Al Haitham yang dikenali sebagai Alhazen di barat, merupakan Bapa
Optik Moden. Beliau merupakan pakar fizik yang terunggul melalui sumbangan terhadap kaedah optik dan saintifik. Abu Ali Hasan dilahirkan pada 965 Masihi di Basrah dan mendapat pendidikan di Basrah dan Baghdad.
Sumbangan al-Haitham:
Ibnu Haitham merupakan ilmuwan yang gemar melakukan penyelidikan. Antara uji kaji
yang dijalankan ialah penyebaran cahaya dan warna, pantulan dan ilusi optik. Beliau
mengkaji pembiasan sinaran cahaya melalui medium telus seperti air dan udara dan
menemui undang-undang yang terdapat dalam pembiasan.
Selain itu beliau merupakan tokoh yang pertama menjalankan kajian mengenai
penyerakan cahaya kepada warna konstituen.Semasa kajian mendalam mengenai segmen sfera (gelas yang diisi air) beliau hampir membuat penemuan mengenai teori lensa pembesar yang dibangunkan di Itali tiga abad kemudiannya.Snell dan Descartes pula terpaksa mengambil masa selama tiga abad kemudiannya untuk mencadangkan mengenai undang-undang sinus.
Beliau menghabiskan banyak masa dengan teori pelbagai fenomena fizikal seperti
pelangi, bayang-bayang, gerhana matahari dan ramalan mengenai keadaan fizikal cahaya.
Pada abad ke-13 Roger Bacon, Pole Witelo (Vitellio) dan penulis-penulis mengenai optic era pertengahan di barat, menggunakan Opticae Theasaurus tulisan Ali Abu Hasan sebagai asas dalam kerja optik. Hasil kerja Ali Abu Hasan turut mempengaruhi Leonardo da Vinci dan Johann Kepler. Pendekatan beliau terhadap optik menghasilkan idea-idea baru dan terbukti melalui penemuan dalam kaedah uji kaji.
Ali Abu Hasan memperincikan secara tepat pelbagai bahagian mata dan memberi
penjelasan saintifik mengenai proses penglihatan.Beliau menyangkal teori penglihatan
Ptolemy dan Euclid yang menyebut bahawa mata menghantar sinaran visual kepada
objek yang dilihat.Menurut Ali Abu Hasan, sinaran berasal dalam objek yang dilihat dan
dan bukan dalam mata. Beliau cuba menjelaskan mengenai penglihatan binokular dan
memberi penjelasan yang betul mengenai pembesaran yang ketara dalam saiz matahari dan bulan semasa ia mendekati horizon.
Ali Abu Hasan juga dikenali melalui penggunaan awal kamera obscura. Melalui kajian
lanjut mengenai optik maka beliau digelar sebagai Bapa Optik Moden.
Kajian beliau dalam catoptrics memfokuskan mengenai cermin parabolik dan sfera serta penyimpangan sfera. Beliau melakukan pemerhatian penting bahawa nisbah antara sudut biasan dan tuju tidak kekal dan tetap serta menyiasat mengenai kuasa lensa pembesar.
Sumbangan beliau kepada fizik dan matematik amat besar. Dalam matematik beliau
membangunkan geometri analitikal dengan penemuan hubungan antara algebra dan
geometri.
Dalam fizik beliau mengkaji mengenai pergerakan mekanik tubuh manusia dan beliau
merupakan manusia pertama mengemukakan bahawa tubuh manusia bergerak terus
menerus kecuali suatu paksaan dari luar menghalangnya atau mengubah arah pergerakan.
Karya-karya al-Haitham:
Dalam bukunya Mizan al-Hikmah, Ali Abu Hasan membincangkan ketumpatan
atmosfera dan menghasilkan hubungan antara atmosfera dan ketinggian.Beliau turut
mengkaji pembiasan atmosfera dan membuat penemuan bahawa fajar senja hilang dan
timbul apabila matahari berada pada 19 darjah di bawah horizon dan cuba mengukur
ketinggian atmosferanya.
Kitab-al-Manazir hasil tulisan Ali Abu Hasan telah diterjemahkan ke bahasa Latin
semasa era pertengahan yang turut memuatkan perihal warna matahari terbenam.Antara lain karyanya termasuk:
1. Al'Jami' fi Usul al'Hisab yang mengandungi teori-teori ilmu metametik dan
metametik penganalisaannya;
2. Kitab al-Tahlil wa al'Tarkib mengenai ilmu geometri;
3. Kitab Tahlil ai'masa^il al 'Adadiyah tentang algebra;
4. Maqalah fi Istikhraj Simat al'Qiblah yang mengupas tentang arah kiblat bagi
segenap rantau;
5. M.aqalah fima Tad'u llaih mengenai penggunaan geometri dalam urusan hukum
syarak dan
6. Risalah fi Sina'at al-Syi'r mengenai teknik penulisan puisi.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar