SHEIKH MUHAMMAD ARSYAD
AL-BANJARI
Abdullah al-Banjari (1710 -
1812) atau nama dan gelaran
penuhnya Syeikh Muhammad
Arsyad bin Abdullah bin
Abdur Rahman al-Banjari bin
Saiyid Abu Bakar bin Saiyid
Abdullah al-'Aidrus bin Saiyid
Abu Bakar as-Sakran bin
Saiyid Abdur Rahman as-
Saqaf bin Saiyid Muhammad
Maula ad-Dawilah al-'Aidrus,
dan seterusnya sampai
kepada Saidina Ali bin Abi
Thalib dan Saidatina Fatimah
bin Nabi Muhammad s.a.w.
Riwayat kedatangan datuk nenek Syeikh Muhammad Arsyad
ke dunia Melayu terjadi pertikaian pendapat. Ada riwayat
mengatakan bahawa yang pertama datang ialah Saiyid
Abdullah bin Saiyid Abu Bakar as-Sakran.
Beliau dikatakan telah datang ke Filipina dan mendirikan
Kerajaan Mindano. Menurut H.M Syafie bahawa ayah
Abdullah bernama Saiyid Abu Bakar (bererti datuk kepada
Syeikh Muhammad Arsyad) adalah Sultan Mindano. Abdullah
pula pernah sebagai pemimpin peperangan melawan Portugis,
kemudian ikut melawan Belanda lalu melarikan diri
bersama isterinya ke Lok Gabang (Martapura).
Nama Sheikh Muhammad Arsyad menempati hati masyarakat
Kalimantan dan Indoensia sebagai ulama besar dan
pengembang ilmu pengetahuan dan agama. Belum ada tokoh
yang mengalahkan kepopularan nama Syaikh Arsyad Al-Banjari.
Karya-karyanya hingga kini tetap dibaca orang di masjid dan
disebut-sebut sebagai rujukan. Nama kitabnya Sabilal Muhtadin
diabadikan untuk nama Masjid Agung Banjarmasin.
Nama kitabnya yang lain Tuhfatur Raghibin juga diabadikan
untuk sebuah masjid yang tak jauh dari makan Syaikh Arsyad.
Tak hanya itu, hampir seluruh ulama di Banjarmasin masih
memiliki tautan dengannya. Baik sebagai keturunan atau
muridnya. Sebut saja nama almarhum K.H. Zaini,yang dikenal
dengan nama Guru Ijay itu, adalah keturunan Syaikh Arsyad.
Juga boleh dirujuk ;
Hampir semua ulama di Kalimantan, Sumatera, Jawa, dan Malaysia,
pernah menimba ilmu dari syaikh atau dari murid-murid syaikh.
Ulama yang memiliki nama lengkap Syeikh Muhammad Arsyad
Ulama yang memiliki nama lengkap Syeikh Muhammad Arsyad
bin Abdullah bin Abdur Rahman Al-Banjari itu ternyata memang
bukan orang biasa.
.
SUSUR GALOR NASAB KETURUNAN BELIAU
Galur nasab beliau adalah Maulana Muhammad Arsyad Al
Banjari bin Abdullah bin Abu Bakar bin Sultan Abdurrasyid
Mindanao bin Abdullah bin Abu Bakar Al Hindi bin
Ahmad Ash Shalaibiyyah bin Husein bin Abdullah bin
Syaikh bin Abdullah Al Idrus Al Akbar (datuk seluruh
keluarga Al Aidrus) bin Abu Bakar As Sakran bin Abdurrahman
As Saqaf bin Muhammad Maula Dawilah bin Ali Maula Ad
Dark bin Alwi Al Ghoyyur bin Muhammad Al Faqih
Muqaddam bin Ali Faqih Nuruddin bin Muhammad Shahib
Mirbath bin Ali Khaliqul Qassam bin Alwi bin Muhammad
Maula Shama'ah bin Alawi Abi Sadah bin Ubaidillah bin Imam
Ahmad Al Muhajir bin Imam Isa Ar Rumi bin Al Imam
Muhammad An Naqib bin Al Imam Ali Uraidhy bin Al Imam
Ja'far As Shadiq bin Al Imam Muhammad Al Baqir bin Al
Imam Ali Zainal Abidin bin Al Imam Sayyidina Husein
bin Al Imam Amirul Mu'minin Ali Karamallah wa Sayyidah
Fatimah Az Zahra binti Rasulullah SAW.
Abdullah tercatat sebagai pemimpin peperangan melawan Portugis,
kemudian ikut melawan Belanda lalu melarikan diri bersama
isterinya ke Lok Gabang (Martapura). Dalam riwayat lain menyebut
bahwa apakah Sayid Abu Bakar As-Sakran atau Sayid Abu Bakar
bin Sayid `Abdullah Al-’Aidrus yang dikatakan berasal dari
Palembang itu kemudian pindah ke Johor, dan lalu pindah ke Brunei
Darussalam, Sabah, dan Kepulauan Sulu, yang kemudian memiliki
Darussalam, Sabah, dan Kepulauan Sulu, yang kemudian memiliki
keturunan kalangan sultan di daerah itu. Yang jelas, para sultan
itu masih memiliki tali temali hubungan dengan Syaikh Arsyad
yang berinduk ke Hadramaut, Yaman. Bapaknya Abdullah
merupakan seorang pemuda yang dikasihi sultan (Sultan Hamidullah
atau Tahmidullah bin Sultan Tahlilullah 1700-1734 M).
Bapaknya bukan asal orang Banjar,tetapi datang dari India
mengembara untuk menyebarkan Dakwah,Belia seorang ahli seni
Bapaknya bukan asal orang Banjar,tetapi datang dari India
mengembara untuk menyebarkan Dakwah,Belia seorang ahli seni
ukiran kayu. Semasa ibunya hamil,kedua Ibu Bapaknya sering
berdo’a agar dapat melahirkan anak yang alim dan zuhud. Setelah
lahir,Ibu Bapaknya mendidik dengan penuh kasih sayang setelah
mendapat anak sulung yang dinanti-nantikan ini. Beliau dididik
dengan dendangan Asmaul-Husna,disamping berdo’a kepada Allah.
Setelah itu diberikan pendidikan al-qur’an kepadanya. Kemudian
barulah menyusul kelahiran adik-adiknya yaitu ; ’Abidin, Zainal
barulah menyusul kelahiran adik-adiknya yaitu ; ’Abidin, Zainal
abidin, Nurmein, Nurul Amein.
Muhammad Arsyad lahir di Banjarmasin pada hari Kamis dinihari,
Muhammad Arsyad lahir di Banjarmasin pada hari Kamis dinihari,
pukul 03.00 (waktu sahur), 15 Safar 1122 H atau 17 Maret 1710 M.
Semasa Kecil Sejak kecil, Syaikh Muhammad Arsyad Al-Banjari
Cergas dan Cerdas serta mempunyai akhlak yang baik dan terpuji.
Kehebatan beliau sejak kecil ialah dalam bidang seni Lukis dan
seni tulis, sehingga siapa saja yang melihat karyanya akan merasa
kagum dan terpukau.
Pada suatu hari, sultan mengadakan kunjungan kekampung
-kampung, Pada saat baginda sampai kekampung lok Gabang,
Baginda berkesempatan melihat hasil karya lukisan Muhammad
Pada suatu hari, sultan mengadakan kunjungan kekampung
-kampung, Pada saat baginda sampai kekampung lok Gabang,
Baginda berkesempatan melihat hasil karya lukisan Muhammad
Arsyad yang indah lagi memukau hati itu. justeru Sultan berhajat
untuk memelihara dan mendidik Muhammad Arsyad yang tatkala
itu baru berusia 7 tahun.
Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari mendapat pendidikan penuh
di Istana sehingga usia mencapai 30 tahun. Kemudian beliau
dikawinkan dengan seorang perempuan yang Soleha Bernam Tuan
Bajut, Hasil perkawinan beliau memperoleh seorang putri yang
diberi nama Syarifah.
Beliau telah meneruskan pengembaraan ilmunya ke Mekah selama
Beliau telah meneruskan pengembaraan ilmunya ke Mekah selama
30 tahun dan Madinah selama 5 tahun. Segala perbelanjaannya
ditanggung oleh sultan. Sahabatnya yang paling penting yang
banyak disebut adalah Syeikh `Abdus Shamad Al-Falimbani,
Syeikh Abdur Rahman Al-Mashri Al-Batawi dan Syeikh Abdul
Wahhab Bugis (yang kemudian menjadi menantu Syaikh). Guru
yang banyak disebut adalah Syeikh Muhammad bin Sulaiman
Al-Kurdi, Syeikh `Athaullah dan Syeikh Muhammad bin Abdul
Karim As-Sammani Al- Madani. Selama belajar di Mekah Syeikh
Arsyad tinggal di sebuah rumah di Samiyah yang dibeli oleh Sultan
Banjar.Syeikh Arsyad juga belajar kepada guru-guru Melayu di
Arab Saudi, seperti Syeikh Abdur Rahman bin Abdul Mubin Pauh
Bok Al-Fathani (Thailand Selatan), Syeikh Muhammad Zain bin
Faqih Jalaluddin Aceh dan Syeikh Muhammad `Aqib bin
Hasanuddin Al-Falimbani.
Hampir semua ilmu keislaman yang telah dipelajari di Mekah dan
Madinah mempunyai sanad atau silsilah hingga ke pengarangnya.
Hal ini cukup jelas seperti yang ditulis oleh Syeikh Yasin bin Isa
Al-Fadani (Padang, Sumatera Barat)dalam beberapa buah karya
beliau. Selain bukti berupa karya-karyanya, juga dapat diambil
jasa-jasanya membuka mata rakyat Banjar atau dunia Melayu.
Rakan- rakan Arsyad selama di Mekah kemudian juga menjadi
ulama terkenal. Syeikh'Abdus Shamad Al-Falimbani pengarang
Sayrus Salaikin, Syeikh Abdur Rahman Al-Mashri Al-Batawi (nenek
Sayid Utsman bin Yahya, Mufti Betawi yang terkenal), Syeikh
Muhammad Nafis bin Idris Al-Banjari, pengarang kitab Ad-Durrun
Nafis, Syeikh Muhammad Shalih bin `Umar As-Samarani (Semarang)
yang digelar dengan Imam Ghazali Shaghir (Imam Ghazali Kecil),
Syeikh Abdur Rahman bin Abdullah bin Ahmad At-Tarmasi (Termas,
Jawa Timur), Syeikh Haji Zainuddin bin `Abdur Rahim Al-Fathani
(Thailand Selatan), dan banyak lagi.
PENULISAN
(Thailand Selatan), dan banyak lagi.
PENULISAN
Tradisi kebanyakan ulama, ketika mereka belajar dan mengajar
di Mekah, sekali gus menulis kitab di Mekah juga. Lain halnya
dengan Syeikh Muhammad Arsyad bin Abdullah al-Banjari,
walaupun dipercayai bahawa beliau juga pernah mengajar di
Mekah, namun karya yang dihasilkannya ditulis di Banjar sendiri.
Lagi pula nampaknya beliau lebih mencurahkan khidmat derma
baktinya di tempat kelahirannya sendiri yang seolah- olah
baktinya di tempat kelahirannya sendiri yang seolah- olah
tanggungjawab rakyat Banjar terbeban di bahunya. Ketika
mulai pulang ke Banjar, sememangnya beliau sangat sibuk
mengajar dan menyusun segala macam bidang yang bersangkut
-paut dengan dakwah, pendidikan dan pentadbiran Islam.
Walaupun begitu beliau masih sempat menghasilkan beberapa
buah karangan.
Karya-karya Syeikh Arsyad banyak ditulis dalam bahasa Arab-
Melayu atau Jawi yang memang diperuntukkan untuk bangsanya.
Meskipuin ia memiliki kemampuan menulis berbagai kitab dalam
bahasa Arab, tapi, ia lebih suka menuliskannya dalam bahasa
Jawi. Ia mengajarkan kitab-kitab semacam Ihya Ulumiddin
karya Imam Ghazali kepada para muridnya.
Karangannya yang sempat dicatat adalah seperti berikut
di bawah ini:
Tuhfah ar-Raghibin fi Bayani Haqiqah
di bawah ini:
Tuhfah ar-Raghibin fi Bayani Haqiqah
Iman al-Mu’minin wa ma Yufsiduhu Riddah ar-Murtaddin,
diselesaikan tahun 1188 H/1774 M
Luqtah al-’Ajlan fi al-Haidhi wa al-Istihadhah wa an-Nifas
Luqtah al-’Ajlan fi al-Haidhi wa al-Istihadhah wa an-Nifas
an-Nis-yan, diselesaikan tahun 1192 H/1778 M.
Sabil al-Muhtadin li at-Tafaqquhi fi Amri ad-Din,
Sabil al-Muhtadin li at-Tafaqquhi fi Amri ad-Din,
diseselesaikan pada hari Ahad, 27 Rabiulakhir 1195 H/1780 M
Risalah Qaul al-Mukhtashar, diselesaikan pada hari Khamis
22 Rabiulawal 1196 H/1781 M.
Kitab Bab an-Nikah.
Bidayah al-Mubtadi wa `Umdah al-Auladi
Kanzu al-Ma’rifah
Ushul ad-Din
Kitab al-Faraid
Hasyiyah Fat-h al-Wahhab
Mushhaf al-Quran al-Karim
Fat-h ar-Rahman
Arkanu Ta’lim as-Shibyan
Bulugh al-Maram
Fi Bayani Qadha’ wa al-Qadar wa al-Waba’
Tuhfah al-Ahbab
Khuthbah Muthlaqah
Kitab Bab an-Nikah.
Bidayah al-Mubtadi wa `Umdah al-Auladi
Kanzu al-Ma’rifah
Ushul ad-Din
Kitab al-Faraid
Hasyiyah Fat-h al-Wahhab
Mushhaf al-Quran al-Karim
Fat-h ar-Rahman
Arkanu Ta’lim as-Shibyan
Bulugh al-Maram
Fi Bayani Qadha’ wa al-Qadar wa al-Waba’
Tuhfah al-Ahbab
Khuthbah Muthlaqah
Pakai Makna.
Kitab ini dikumpulkan semula oleh keturunannya,
Abdur Rahman Shiddiq al-Banjari. Dicetak oleh Mathba’ah
Al-Ahmadiah, Singapura, tanpa dinyatakan tarikh cetak.
Ada pun karyanya yang pertama, iaitu Tuhfah ar-Raghibin,
kitab ini sudah jelas atau pasti karya Syeikh Muhammad
Arsyad bin `Abdullah al-Banjari bukan karya Syeikh `
Abdus Shamad al-Falimbani seperti yang disebut oleh Dr. M.
Chatib Quzwain dalam bukunya, Mengenal Allah Suatu Studi
Mengenai Ajaran Tasawuf Syeikh Abdus Samad AI-Falimbani,
yang berasal daripada pendapat P. Voorhoeve. Pendapat yang
keliru itu telah saya bantah dalam buku Syeikh Muhammad
Arsyad (l990). Dasar saya adalah bukti-bukti sebagai yang
berikut:
Tulisan Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani, “Maka disebut
oleh yang empunya karangan Tuhfatur Raghibin fi Bayani
Haqiqati Imanil Mu’minin bagi `Alim al-Fadhil al-’Allamah
Syeikh Muhammad Arsyad.” Tulisan Syeikh `Abdur Rahman
Shiddiq al-Banjari dalam Syajaratul Arsyadiyah, “Maka
mengarang Maulana (maksudnya Syeikh Muhammad Arsyad
al-Banjari, pen:) itu beberapa kitab dengan bahasa Melayu
dengan isyarat sultan yang tersebut, seperti Tuhfatur Raghibin …”
Pada halaman lain, “Maka Sultan Tahmidullah Tsani ini, ialah
yang disebut oleh orang Penembahan Batu. Dan ialah yang minta
karangkan Sabilul Muhtadin lil Mutafaqqihi fi Amrid Din dan
Tuhfatur Raghibin fi Bayani Haqiqati Imani Mu’minin wa Riddatil
Murtaddin dan lainnya kepada jaddi (Maksudnya: datukku, pen
al-’Alim al-’Allamah al-’Arif Billah asy-Syeikh Muhammad Arsyad
bin `Abdullah al-Banjari.”
Pada cetakan Istanbul, yang kemudian dicetak kembali oleh
Mathba’ah Al-Ahmadiah, Singapura tahun 1347 H,iaitu cetakan
kedua dinyatakan, “Tuhfatur Raghibin …ta’lif al-’Alim al-
’Allamah asy-Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari.” Di bawahnya
tertulis, “Telah ditashhihkan risalah oleh seorang daripada
zuriat muallifnya, iaitu Abdur Rahman
Shiddiq bin Muhammad `Afif mengikut bagi khat muallifnya
sendiri …”. Di bawahnya lagi tertulis,“Ini kitab sudah cap dari
negeri Istanbul fi Mathba’ah al-Haji Muharram Afandi”.
Terakhir sekali Mahmud bin Syeikh `Abdur Rahman Shiddiq
al-Banjari mencetak kitab Tuhfah ar-Raghibin itu disebutnya
cetakan yang ketiga, nama Syeikh Muhammad Arsyad bin `
Abdullah al-Banjari tetap dikekalkan sebagai pengarangnya.
Daripada bukti-bukti di atas, terutama yang bersumber daripada
Daripada bukti-bukti di atas, terutama yang bersumber daripada
Syeikh Daud bin `Abdullah al-Fathani dan Syeikh `Abdur
Rahman Shiddiq adalah cukup kuat untuk dipegang kerana
kedua-duanya ada hubungan dekat dengan Syeikh Muhammad
Arsyad bin `Abdullah al-Banjari itu. Syeikh Daud bin `Abdullah
al-Fathani adalah sahabat Syeikh Muhammad Arsyad bin `
Abdullah al-Banjari sedangkan Syeikh `Abdur Rahman Shiddiq
pula adalah keturunan Syeikh Muhammad Arsyad bin `
Abdullah al-Banjari. Mengenai karya-karya Syeikh Muhammad
Arsyad bin `Abdullah al-Banjari yang tersebut dalam senarai,
insya-Allah akan dibicarakan pada kesempatan yang lain.
Masih banyak lagi tulisan dan catatan syaikh yang disimpan
Masih banyak lagi tulisan dan catatan syaikh yang disimpan
kalangan muridnya yang kemudian diterbitkan di Istambul
(Turki), Mesir, Arab Saudi, Mumbai (Bombai), Singapura,
dan kemudian Jakarta Surabaya, dan Cirebon. Di samping
itu beliau menulis satu naskah al Quranul Karim tulisan
tentang beliau sedikit, yang sampai sekarang masih terpelihara
dengan baik.
KETURUNAN
Zurriyaat (anak dan cucu) beliau banyak sekali
yang menjadi ulama besar, pemimpin-pemimpin, yang semuanya
teguh menganut Madzhab Syafi’i sebagai yang di wariskan oleh
Syeikh Muhammad Arsyad Banjar. Diantara zurriyat beliau
yang kemudian menjadi ulama besar turun temurun adalah :
l . H. Jamaluddin, Mufti, anak kandung, penulis kitab
“perukunan Jamaluddin”.
2. H. Yusein, anak kandung, penulis kitab “Hidayatul
Mutafakkiriin”.
3. H. Fathimah binti Arsyad, anak kandung, penulis
kitab “Perukunan Besar”, tetapi namanya tidak ditulis
dalam kitab itu.
4. H. Abu Sa’ud, Qadhi.
5. H. Abu Naim, Qadhi.
6. H. Ahmad, Mufti.
7. H. Syahabuddin, Mufti.
8. H.M. Thaib, Qadhi.
9. H. As’ad, Mufti.
10. H. Jamaluddin II., Mufti.
11. H. Abdurrahman Sidiq, Mufti Kerajaan Indragiri
Sapat (Riau), pengarang kitab “Risalah amal Ma’rifat”,
“Asranus Salah”, “Syair Qiyamat”,“Sejarah Arsyadiyah”
dan lain lain.
12. H.M. Thaib bin Mas’ud bin H. Abu Saud, ulama Kedah,
Malaysia,pengarang kitab “Miftahul jannah”.
13. H. Thohah Qadhi-Qudhat, penbina Madrasah “Sulamul
‘ulum’, Dalam Pagar Martapura.
14. H.M. Ali Junaedi, Qadhi.
15. Gunr H. Zainal Ilmi.
16. H. Ahmad Zainal Aqli, Imam Tentara.
17. H.M. Nawawi, Mufti.
18. Dan lain-lain banyak lagi.
Semuanya yang tersebut di atas adalah zurriyat-zurrivat
Semuanya yang tersebut di atas adalah zurriyat-zurrivat
Syeikh Arsyad yang menjadi ulama dan sudah berpulang ke
rahmatullah.Sebagai kami katakan di atas, Syeikh
Mubammad Arsyad bin Al Banjari dan sesudah beliau, zurriyat
-zariyat beliau adalah penegak-penegak Madzhab Syafi’i dan
faham Ahlussunna,h wal Jama’ah, khususnya di Kalimantan.
Syaikh Arsyad wafat pada 6 Syawal 1227 H atau 3 Oktober
1812 M. Beliau meninggal dunia pada usia 105 tahun dengan
meninggalkan sumbangan yang besar terhadap masyarakat
Islam di Nusantara. Makamnya dianggap keramat dan hingga
kini masih diziarahi orang. Haulnya pada Syawwal lalu dihadiri
Menteri Agama RI H. Muhamamd Maftuch Basyuni bersama
ribuan masyarakat,termasuk dari Malaysia, Sumatera, dan Jawa.
Mudah-mudahan Allah menurunkan rahmat kepada keluarga
mereka dan kita semuanya, amin-amin.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar